Mesyuarat Lembaga Pengarah PPPNP
Y.A.B Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Haji Azumu, merangkap Pengerusi PPPNP telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah PPPNP Bil.3/2020 di Ibu Pejabat PPPNP, hari ini.
Bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam memulihkan dan merancakkan semula aktiviti ekonomi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PPPNP telah menggerakkan beberapa inisiatif bagi membantu golongan petani yang terjejas di samping mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka yang hilang pekerjaan dan mereka yang masih menganggur, termasuk para graduan melalui keusahawanan Agrotani.

Mesyuarat Lembaga Pengarah Mills
Petang ini berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bagi anak syarikat PPPNP iaitu Perak Agro Mills Sdn Bhd bil. 1 yang telah dipengerusikan oleh YB Kamaruddin Bin Abu Bakar di Ibu Pejabat PPPNP.