Perhimpunan Bulanan (November)

5 November 2018 - Perhimpunan bulanan pertama antara Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Yahanis bin Yahya bersama kakitangan PPPNP. Antara intipati dan perkongsian yang disampaikan adalah seperti berikut;

KPE memetik titah ucapan Tuanku Sultan Perak sempena Hari Keputeraan yang ke 62 agar pentadbiran baharu ini tidak mengulangi kesilapan kerajaan yang terdahulu. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai kakitangan sektor awam untuk berkhidmat dengan penuh semangat demi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan pembangunaan Negeri Perak secara keseluruhannya.

Turut dikongsikan adalah dari ucapan YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu bahawa kerajaan baru akan memastikan Institusi Raja, hak Orang Melayu dipertahankan serta hak Orang Bukan Melayu juga diambil kira.

Seluruh warga kerja PPPNP adalah diseru untuk memberi perkhidmatan terbaik dan mendokong aspirasi pentadbiran baharu ini agar matlamat serta objektif yang ditetapkan dapat dicapai pada masa hadapan.

 

Galeri Gambar


Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk