Seminar Usahawan Wanita “Industri Dari Rumah”
3.12.2019 :Program Seminar Usahawan Wanita “Industri Dari Rumah” yang bertempat di D’ Hotel Seri Iskandar anjuran Pertubuhan Wanita Prihatin Perak Tengah, Perak (JELITA) dengan kerjasama Unit Usahawan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) telah disertai seramai 78 orang peserta wanita yang terdiri daripada golongan usahawan wanita yang masih baru dalam bidang perniagaan.