Pertandingan Paintball Piala YB Hasnul

1 May 2019, Ipoh - Bertempat di Zone 5 (3B) Extreme Attraction Zone (Paintball) Maps telah berlangsung YB Hasnul Zulkarnain Paintball Cup 2019. Pertandingan yang dianjurkan bersama oleh Lumut Power Plant, Manjung LPP Paintball, Crossbow,MAPS dan Pemadam Perak telah disertai seramai 220 org peserta.

Sebanyak 8 pasukan menyertai Open Mechanical dan 20 pasukan pula untuk Rookie Divison. Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) turut menyertai pertandingan ini dengan menghantar 1 pasukan iaitu SADC JR dalam kategori Rookie Division. Walaupun baru pertama kali menyertai pertandingan dengan format 'Speed Ball' pasukan ini telah berjaya layak sehingga ke peringkat suku akhir. YB Hasnul Zulkarnain turut hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada pertandingan tersebut.

Galeri Gambar


Perak SADC Agropreneur Pitch

        CADANGAN DAERAH-DAERAH DI NEGERI PERAK   *Sebarang perubahan tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian     Muat Turun Borang

Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.