Taklimat Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) Di Ladang Tasek Kenering

29 Mei 2019 - Taklimat dan penerangan ringkas oleh Encik Muhammad Amirul Bin Ridhuan, Pegawai PERKESO daripada Pejabat PERKESO Kuala Kangsar mengenai Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) telah di adakan di Ladang Tasik Kenering pada 28hb Mei 2019.

Taklimat ini melibatkan seramai 42 orang kakitangan dan pekerja ladang untuk sesi pertama manakala sesi kedua akan dibuat pada waktu yang lain.SIP adalah satu akta (akta800) yang telah dikuatkuasakan pada bulan Januari 2018. SIP ini diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada pekerja yang diberhentikan.

Faedah yang disediakan ialah : 
- Elaun mencari pekerjaan
- Elaun bekerja semula awal
- Elaun pendapatan berkurang
- Elaun latihan
- Yuran latihan
- Program penempatan pekerjaan

Galeri Gambar


 

Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Kemahiran Keusahawanan

  Muat Turun Borang  Borang Kemahiran Keusahwanan