Perhimpunan Bulanan PPPNP Bil.6/2019

10 Jun 2019, Ipoh - Antara intipati ucapan KPE adalah seperti: sambil kita bergembira di hari raya, teruskanlah tradisi ziarah-menziarahi yang selama ini menjadi amalan kita.

Bukalah seluas-luasnya pintu rumah dan pintu hati kita untuk menerima kunjungan rakan-rakan dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, pangkat dan kaum. Ambillah peluang pertemuan di bulan yang penuh barakah ini sebagai medan saling bermaafan antara satu sama lain. Anggaplah kehadiran Aidilfitri ini umpama platform untuk kita mengeratkan tali persaudaraan di antara satu sama lain. Sifat kekeluargaan yang dibentuk dengan erat sesama kita amat penting dalam membentuk kerukunan perhubungan serta kerjasama yang amat diperlukan demi mencapai misi jabatan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440 Hijriah, Maaf Zahir dan Batin.

Galeri Gambar


Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk