Bengkel Pengurusan Risiko MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti – Rasuah,

Ipoh, 8 Julai 2019 – Kursus Pemahaman dan Bengkel Pengurusan Risiko MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti – Rasuah, anjuran Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) telah diadakan di Casuarina Meru, Ipoh pada 8 – 9 Julai 2019. Kursus ini disampaikan oleh En. Mohd Kamal Fitri bin Mohd Ghazali dari Intellect Momentum Training & Consulting SDN BHD. Seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan PPPNP terlibat dengan kursus selama dua hari ini.

Objektif kursus ini adalah untuk memahami konsep Sistem Pengurusan Anti – Rasuah, memahami keperluan standard ISO 37001:2016, memahami kaedah pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah, dan membangunkan Corruption Risk Management (CRM).

ISO 37001 merupakan kawalan dan alat pengurusan anti-rasuah yang telah dipraktikan secara global. Sehubungan dengan itu, dengan adanya pengetahuan dalam ISO 37001 diharapkan ianya dapat membantu PPPNP dalam usaha membangunkan, melaksanakan dan mempertingkatkan pematuhan program anti rasuah.

Dengan adanya penganjuran Kursus Pemahaman dan Bengkel Pengurusan Risiko MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti – Rasuah selama dua hari seperti ini, pemahaman atau pengetahuan kakitangan PPPNP berhubung perkara ini dapat diperluaskan dan lebih difahami.

Galeri Gambar


Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk