Sesi Dialog Ketua Pegawai Eksekutif Sesi 2017

25 Mei 2017 – Dalam kesibukan melaksanakan tugas harian sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan PPPNP,

Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Rizal Abdul Rahman berusaha untuk meluangkan masa untuk bertemu empat mata dengan hampir 1,000 kakitangan Kumpulan PPPNP yang terdiri dari peringkat Eksekutif sehingga ke Buruh pada sesi dialog tahun ke empat ini bertemakan "SUARA PEKERJA SUARA PENDAPAT" 

Sedikit kelainan, pada tahun ini sesi berlangsung di Dewan Dr Zambry, Kompleks Perumahan Kakitangan Sungai Galah. Dewan yang dibina oleh pengurusan Kumpulan PPPNP pertama kali dibuka untuk digunakan khas untuk program sesi dialog ini.

Program bermula seawal jam 10.00 pagi itu dimulakan dengan pembentangan hasil oleh Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Rizal. Beliau turut mengalu-alukan dan berterima kasih kepada semua warga PPPNP yang sudi hadir pada sesi dialog kali ini. Menurutnya, program ini mampu mendekatkan lagi beliau dengan pekerja dengan mendengar sendiri permasalahan yang di alami oleh pekerja.

Antara pendapat yang disuarakan adalah berkenaan kenaikan gaji buruh, peruntukan elaun motor untuk buruh, perubahan waktu bekerja untuk kaum ibu sempena bulan Ramadan, cuti bersalin dan harga istimewa untuk kakitangan yang berminat untuk meginap di Perak Agrotourism Resort. Program diakhiri dengan pemberian sekotak kurma kepada setiap seorang.

 

Galeri Gambar


Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk