Perhimpunan Bulanan PPPNP Bil.1/2020

Perhimpunan bulanan PPPNP yang pertama bagi tahun 2020 (6/1/2020).

Intipati ucapan perhimpunan bulanan pada tahun 2020 adalah KPE menekankan bahawa tahun 2020 adalah tahun yang mencabar bagi PPPNP dan Kerajaan Negeri. Tuan Haji Yahanis (KPE) menitikberatkan segala tugas yang dilaksanakan haruslah berpandukan kepada visi dan misi PPPNP iaitu adalah sebagai peneraju utama sektor pertanian dalam Negeri Perak dan memberi manfaat kepada rakyat Negeri Perak.

Bagi tahun 2020, penstrukturan organisasi dibuat adalah untuk meningkatkan lagi kecekapan kakitangan bagi mencapai misi visi PPPNP dan sekaligus dapat meningkatkan lagi pendapatan dan menjadikan PPPNP lebih maju dan dihormati pada masa hadapan.

Juga berlangsung simbolik majlis penyerahan tugas bagi ketua unit/jabatan yang terlibat dan sesi potong kek bagi menyambut tahun 2020. Semoga PPPNP dapat mencapai objektif dan misi yang telah ditetapkan.

Galeri Gambar


 

Perak SADC Agropreneur Pitch

        CADANGAN DAERAH-DAERAH DI NEGERI PERAK   *Sebarang perubahan tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian     Muat Turun Borang

Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.