Bengkel Succession Planning Programme

Cetak

Succession Planning Programme Workshop dengan kerjasama ABH Inspire Global hari ini telah telah diadakan di Hotel Casuarina Meru, Ipoh.

Program yang melibatkan semua pengurus dan pengurusan atasan PPPNP ini bertujuan untuk mengembangkan segala potensi, talent, dan kemampuan yang dimiliki oleh kakitangan bagi tujuan menyambung legasi PPPNP di masa hadapan.

Antara intipati program ini adalah cara-cara menerapkan Succession Planning yang dimulai dengan mengidentifikasi kemampuan, skill, dan kompetensi yang dimiliki oleh kakitangan tersebut bagi setiap unit yang dikendalikan mereka.

Selain daripada itu, intipati program ini dapat melatih kemahiran baru melalui perbincangan di dalam kumpulan serta memahami dan menganalisis peranan pelan perancangan di dalam menentukan kejayaan organisasi.

 

Galeri Gambar