Management Retreat Menilai Prestasi 2020

Bagi menilai prestasi PPPNP Tahun 2020, setiap unit, ladang-ladang dan kilang, pihak pengurusan telah mengadakan Program Management Retreat selama dua hari iaitu dari 3 - 4 Julai 2020 bertempat di Colmar Tropicale,Berjaya Hills.
 
Di dalam program ini, pihak pengurusan dan penasihat perladangan meneliti prestasi dan pencapaian setiap unit/bahagian, ladang dan kilang bagi tempoh 6 bulan pertama dan 6 bulan akan datang bagi Tahun 2020. Langkah ini adalah untuk memastikan PPPNP di landasan yang betul bagi mencapai sasaran tahun 2020, bak kata Haji Abdullah (Penasihat Perladangan) "Do the 20% job to settle the 80% of the problem".
 
Sesi kedua management retreat dimulai dengan rangkuman keseluruhan operasi PPPNP oleh Ketua Pegawai Operasi. Seterusnya pembentangan rangkuman dari Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Pentadbiran, Pengurus Kanan Bahagian Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar Operasi, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan dan Pengurus Besar Korporat Sosial.
 
Sesi kedua berakhir dengan ucapan penutup dari Ketua Pegawai Eksekutif. Semua saranan dan peringatan yang diberikan oleh KPE akan dilaksanakan oleh semua kakitangan PPPNP bagi memastikan sasaran PPPNP bagi tahun 2020 akan tercapai.
 
 

Galeri Gambar


 

SKIM PINJAMAN/

  Muat Turun Borang  Skim Pinjaman Usahawan    Borang Agropreneurpitch

PEMACU/ GREEN PERAK

Muat Turun Borang Borang PEMACU Borang Green Perak Urban Farming

PAIV/ SENGGANG

  Muat Turun Borang  Borang Projek Rintis Ladang Usahawan Senggang   Borang PERAK AGRICULTURE INTERGRATED VALLEY (PAIV)

Perak SADC Agropreneur Pitch

        CADANGAN DAERAH-DAERAH DI NEGERI PERAK   *Sebarang perubahan tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian     Muat Turun Borang