Program Lebih Sihat Lebih Aktif Senamrobik Dan Zumba Santai Bersama Ketua Pegawai Eksekutif

Sabtu, 27 Oktober 2018 - Sesi senam santai dan ramah mesra kakitangan ibu pejabat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak bersama Ketua Pegawai Eksekutif,Tuan Hj Yahanis Yahya telah berlangsung pada 27 Oktober 2018 bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat PPPNP.

Program ini melibatkan penyertaan seramai lebih kurang 100 orang kakitangan. Antara objektifnya ialah memberi kesedaran tentang kepentingan kecergasan untuk meningkatkan produktiviti, menghapuskan jurang antara pengurusan kanan dengan semua kakitangan melalui aktiviti santai ini.

Program dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada Yang Berbahagia Tuan Haji Yahanis Bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak. Dalam ucapan serba ringkas beliau menyatakan bahawa bersenam merupakan aktiviti penting dalam kehidupan harian yang perlu disemai oleh setiap orang. Beliau menyeru kepada kakitangan PPPNP melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya sekali seminggu. Usai ucapan, program diteruskan dengan rengangan otot dan senaman Zumba selama satu jam. Program diakhiri dengan jamuan makan pagi.\

 

Galeri Gambar


 

Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk