Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak Biayai Pakej Umrah Kakitangan

12 – 24 November 2018 – Seiring dengan penubuhannya yang telah pun melebihi usia empat puluh tahun, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dengan persetujuan Lembaga Pengarah melalui mesyuaratnya untuk memberi penghargaan kepada pegawai dan kakitangannya termasuk buruh menunaikan Ibadah Umrah.

Penghargaan ini diberikan kepada kakitangan yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun yang bersama-sama memerah keringat untuk membangunkan PPPNP dari peringkat permulaan sehingga kini. Antara kriteria pemilihan kakitangan adalah kakitangan yang mempunyai markah KPI 80% keatas selamat 3 tahun berturut-turut serta tidak pernah dikenakan tindakan disiplin. Kakitangan yang terpilih juga ialah kakitangan yang belum pernah ditaja oleh pihak PPPNP untuk mengerjakan umrah.

Seramai 9 orang kakitangan bersama pasangan dan mahram masing-masing memulakan perjalanan umrah pada 12 November 2018 sehingga 24 November 2018. Keseluruhan Jemaah umrah adalah seramai 17 orang.

Semoga penghargaan sebegini dapat memberi suntikan semangat kakitangan yang lain untuk terus gigih dalam menjalankan tugas serta sanggup menempuh liku cabaran dalam membangunkan PPPNP.

 

Galeri Gambar


Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk