Majlis Gala Makan Malam Amal KASIH Perak

4 Mei 2019, Ipoh - PPPNP memainkan peranannya sebagai salah sebuah agensi kerajaan negeri ini dengan menjadi salah satu penyumbang pada Majlis Gala Makan Malam Amal KASIH Perak.

Majlis Gala Makan Malam Amal KASIH Perak itu telah diadakan di Taman Tema Movie Animation Park Studio (MAPS). Majlis yang diadakan adalah bagi mengumpul dana buat golongan memerlukan itu turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal Dato Azumu dan isteri, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi yang juga Pengerusi KASIH Perak.

Selain itu Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abd Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy dan isteri, Nageswary Karuppan serta Menteri Besar Johor Datuk Dr. Shahruddin Jamal dan isteri Datin Dr. Nila Armila Mukdan menjadi antara orang kenamaan yang turut meluangkan masa untuk hadir.

Pada majlis itu, para hadirin turut didendangkan dengan gesekan biola Tun Dr. Siti Hasmah yang menjentik emosi antaranya menerusi Half a world away, Ibu dan Warisan.

Sebahagian daripada sumbangan disampaikan kepada KASIH Malaysia yang dipengerusikan Tun Dr. Siti Hasmah sementara sebahagian yang lain akan disalurkan kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan di negeri Perak.

Galeri Gambar


Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk