PPPNP ERAT SILATURRAHIM BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASAL

Bersempena dengan bulan yang mulia ini, PPPNP buat pertama kalinya menganjurkan majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan kotak bantuan makanan kepada masyarakat Orang Asal suku kaum Semai dan Temiar yang diadakan di Kampung Sungai Perah, Parit dan Kampung Lawai, Sg. Siput.

Majlis ini merupakan salah satu program yang telah di rangka bagi tahun ini. Sejajar dengan hasrat YAB Menteri Besar Perak, PPPNP akan sentiasa komited membela nasib masyarakat Orang Asal dengan tidak hanya menghulurkan bantuan secara ‘touch and go’ sahaja.

Program yang diadakan secara serentak di Kampung Sg. Perah dan Kampung Lawai ini melibatkan kira-kira 60 warga kerja PPPNP. Perjalanan yang masing-masing mengambil masa selama satu jam ke Sg. Perah manakala dua jam ke Kampung Lawai dirasakan terlalu lama lebih-lebih lagi apabila terpaksa mengharungi laluan yang agak mencabar untuk tiba ke kampung-kampung tersebut. Dalam erti kata lain, perjalanan tersebut begitu menguji kesabaran dan ketahanan fizikal serta mental warga kerja PPPNP yang terlibat. Namun begitu, bagi merealisasikan program ini, segalanya dapat ditempuhi dengan mudah.

Hadir sama Tuan Hj Yahanis bin Yahya dan pengurusan kanan PPPNP di Kg. Sg. Perah manakala Yang Berhormat Encik Loh Sze Yee ADUN Kawasan Jalong serta pengurusan kanan PPPNP ke Kampung Lawai, Sg. Siput bagi sesi ramah bersama penduduk kampung tersebut.

Galeri Gambar


Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk