Program Kasih Ramadhan

Teluk Intan,24 Mei 2019 - "Sepanjang dua penggal menjadi EXCO, ini merupakan kali pertama kakitangan SADC turun ke kampung untuk berbuka bersama-sama penduduk" kata YB Dato' Zainol Fadzi Paharudin (ADUN) Sungai Manik, selaku Penasihat Khas kepada Menteri Besar Perak.

Ramadhan pada kali ini disemarakkan dengan Program Kasih Ramadhan anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama PPPNP dan MPPK Sungai Rubana yang diadakan di Masjid Al- Amir, Sungai Rubana, Teluk Intan.

Sumbangan sebanyak 150 kotak bantuan makanan telah disampaikan oleh YB Dato' Zainol Fadzi Paharudin (ADUN) Sg. Manik & Tuan Hj Yahanis Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP kepada penduduk dari 3 mukim iaitu Mukim Kota Setia, Mukim Sungai Durian dan Mukim Teluk Bharu. Pemilihan penerima telah dipilih oleh pengerusi-pengerusi MPKK masing-masing.

"Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri, PPPNP dan MPKK kerana membantu meringankan beban untuk kami menjalani ibadah puasa dan bagi meraikan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi" kata beberapa penerima bantuan kotak makanan tersebut.

YB Dato' Zainol Fadzi Paharudin serta Pengurusan Kanan PPPNP turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan Program Kasih Ramadhan hari ini.

 

Galeri Gambar


Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Kemahiran Keusahawanan

  Muat Turun Borang  Borang Kemahiran Keusahwanan