Program Kasih Iftar Ramadhan serta Pengagihan Bubur Lambuk 2019

Parit, 26 Mei 2019 - Bagi mengimarahkan Ramadhan pada tahun ini, sebanyak 600 pek bubur lambuk telah diedarkan kepada orang ramai di sekitar Parit, Perak.

Program Kasih Iftar Ramadhan serta Pengagihan Bubur Lambuk 2019 anjuran pihak PPPNP dengan kerjasama kerajaan negeri, Salam Relief, Pertubuhan Ikram Malaysia, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Masjid Radhiatul Mardhiah Parit disertai 50 kakitangan PPPNP, Srikandi, Perhawa serta penduduk setempat.

Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP, Tuan Hj Yahanis Yahya berkata, ini merupakan program ketiga sepanjang bulan Ramadhan anjuran PPPNP berbuka puasa dengan masyarakat setempat. Program seperti ini bertujuan memupuk semangat kekeluargaan kakitangan PPPNP bersama masyarakat setempat.

"Sesi bergotong-royong memasak sendiri bubur lambuk ini bermula sejak awal pagi lagi. Pendekatan ini dilihat lebih bermakna dalam memupuk semangat kerjasama antara warga PPPNP yang menjayakan program bubur lambuk ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam program yang sama juga, penyerahan kotak bantuan makanan telah diserahkan kepada 300 orang penerima yang telah dipilih oleh MPKK masing-masing.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Pengurusan Kanan PPPNP, Tuan Muhamad Ghopran Yeop Hamzah (Pegawai Daerah, Pejabat Daerah & Tanah Perak Tengah), YBhg. Dato' Tarmizi Mohd Jam (Penyelaras Parlimen Parit), Tuan Abdul Nasir Talib (Penyelaras Dun Belanja), & Cikgu Idris Arifin (Timbalan Pengerusi Masjid Radhiatul Mardhiah Parit).

Galeri Gambar


Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Kemahiran Keusahawanan

  Muat Turun Borang  Borang Kemahiran Keusahwanan