Majlis Berbuka Puasa Di Kampung Angkat PPPNP

"Sekali lagi Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) mengadakan majlis berbuka puasa secara serentak di dua kampung angkat PPPNP yang melibatkan kira-kira 40 warga kerja PPPNP dengan perjalanan yang mengambil masa selama satu jam ke Kampung Batu 14, Tapah dan Kampung Sg. Pelawan, Sg. Manik," kata Tuan Hj Yahanis Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP.

Kedua-dua program tersebut bertujuan untuk merasai suasana berpuasa dalam kalangan Orang Asal di samping merapatkan hubungan di antara kakitangan PPPNP dengan masyarakat kampung Orang Asal. Pada majlis itu, seramai 150 keluarga dari Kampung Batu 14 dan seramai 160 keluarga dari Kampung Sg. Pelawan menerima kotak bantuan makanan yang dijangka mampu menampung keperluan sekeluarga. Beberapa siri aktiviti telah direncanakan dan dilaksanakan oleh kakitangan PPPNP sebelum majlis pada hari ini. Antaranya acara gotong-royong dan baik pulih surau dan diikuti aktiviti menyediakan dan memasak bubur lambuk.

Hadir sama Tuan Hj Yahanis bin Yahya, Pengurusan Kanan PPPNP, Wakil JAKOA dan Jabatan Agama Islam di Kg. Batu 14, Tapah manakala Yang Berhormat Dato' Zainol Fadzi bin Paharudin ADUN Kawasan Sg. Manik, Pengurusan Kanan PPPNP, Wakil JAKOA dan Jabatan Agama Islam ke Kampung Sg. Pelawan bagi sesi ramah bersama penduduk kampung tersebut.

Galeri Gambar


 

Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk