Rumah Terbuka Aidilfitri PPPNP

20 Jun 2019, Ipoh - Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 1440H ,Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) telah mengambil peluang untuk mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri bertemakan ‘Solidariti Kedamaian di Aidilfitri’ bagi berkongsi kegembiraan dan menghargai nikmat keamanan yang dinikmati di negeri Perak Darul Ridzuan, sambil menyatakan solidariti dengan isu-isu kemanusiaan di seluruh dunia khususnya kekejaman yang dilakukan terhadap saudara se-Islam di Palestin.

Tetamu kehormat pada Rumah Terbuka Aidilfitri tersebut adalah YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu dan isteri YBhg Datin Seri Dr Nomee Ashikin Binti Dato’ Mohammed Radzi, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri Dan Persekutuan / Pentadbiran Daerah & Tanah Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Dif-dif jemputan dan barisan pengurusan kanan PPPNP.

MyCARE telah dijemput bersama untuk meraikan majlis Hari Raya Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak di Ipoh pada 20 Jun 2019.

Bertemakan Solidariti Kedamaian, majlis tersebut telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi PPPNP yang juga merupakan Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu beserta CEO, Tuan Haji Yahanis Yahya.

Di dalam majlis tersebut MyCARE yang diwakili oleh CEO, Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar dan Pengerusi MyCARE Perak, Hj Ainol Azhar Jamil telah menyampaikan cenderahati penghargaan kepada YAB Menteri Besar selaku alumni kapal MV Rachel Corrie yang berlayar pada Mei 2010 menuju Gaza di dalam usaha keamanan dan telah diculik oleh tentera Israel di perairan antarabangsa.

MyCARE kini adalah anggota Freedom Flotilla Coalition yang menggabungkan beberapa beberapa NGO antarabangsa dari pelbagai negara di dalam usaha untuk memecahkan kepungan laut terhadap Gaza.

MyCARE telah terlibat di dalam misi-misi laut bersama Mavi Marvara (2010), Women's Boat to Gaza (2016) & Just Freedom For Palestine (2018).

 

Galeri Gambar


Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk