KERAJAAN NEGERI BANGUNKAN PERAK AGRO VALLEY

KERAJAAN NEGERI BANGUNKAN PERAK AGRO VALLEY SELUAS HAMPIR 2,000 HEKTAR UNTUK PERKUKUH 'FOOD SECURITY' NEGARA, 
PROJEK LADANG INTEGRASI BERSAMA RAKYAT BUKA PELUANG PENDUDUK PERAK UNTUK CEBURI BIDANG PERTANIAN

Bagi menjunjung titah titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah supaya kerajaan negeri menekankan aspek 'food security' negara, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) akan membuka Perak Agro Valley di Wilayah Bukit Sapi Mukim Lenggong seluas 1,983.68 hektar (4,901 ekar).

Projek Perak Agro Valley yang melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Veterinar, Pertubuhan Peladang Kawasan dan FAMA ini dicadang berkonsepkan Pertanian Integrasi melibatkan tanaman tanaman kontan, tanaman sayur-sayuran, dusun buah-buahan dan penternakan kambing, lembu dan rusa. PPPNP menyasarkan projek ini untuk menarik pelaburan sehingga RM1 bilion.

Dalam pada itu, kerajaan negeri banyak mendapat pertanyaan daripada rakyat yang berminat untuk menceburi bidang pertanian, tapi tak miliki tanah sendiri. Bagi membantu memenuhi hasrat rakyat, PPPNP juga telah melaksana dan merangka beberapa Projek Ladang Integrasi Bersama Rakyat di ladang-ladang miliknya. Antaranya adalah di Ladang Gelong Gajah - integrasi tanaman sawit dan ternakan 200 ekor lembu melibatkan enam orang penternak. PPPNP juga akan jalankan integrasi di antara ladang kelapa sawit dan tanaman nanas di Ladang Sungai Selinsing Tapah, hasil usahasama dengan rakan strategik Aexis Agriventure Sdn Bhd serta Ladang Integrasi Bersama Rakyat. Satu lagi projek adalah di Kawasan Lekir dalam daerah Manjung. Semoga semua usaha ini akan membantu memenuhi impian rakyat yang meminati bidang pertanian tetapi tidak berpeluang kerana tidak memiliki tanah sendiri.

Bacaan lanjut: https://peraktoday.com.my/…/pppnp-sasar-pelaburan-sebanyak…/

 

 

Galeri Gambar


Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.