Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Usahawan (JKPU)

1 Julai 2019, Ipoh - Mesyuarat Kali ke -2 Jawatankuasa Pelaburan Usahawan telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak . Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Dato' Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin dan dihadiri barisan ahli jawatankuasa iaitu Tn. Hj. Yahanis Bin Yahya ( CEO PPPNP), En. Mohd Kahar Bin Mukktarudin (COO PPPNP), En. Mohd Izham Bin Abdullah (Pengarah Wilayah SME Corp), En. Mohd Hafez Mubin B. Salleh (Wakil Pejabat MB),Puan Nor Haslinda Bt. Zakaria (Wakil NGO) dan En. Shahrom B. Latiff (Wakil NGO).

Diantara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah : 

• Peranan Unit Usahawan PPPNP bagi memperkenalkan dan mengembangkan Program Usahawan Agropreneur Dan Akuapreneur kepada usahawan di Negeri Perak.
• Skim Geran Bantuan Geran Usahawan dan Pinjaman Tanpa Faedah kepada usahawan tani yang berkelayakan dan Skim Usahawan Payung.
• Program yang telah dijalankan sehingga bulan Jun 2019 antaranya ialah lawatan projek dan penerangan tentang Program Pembangunan Usahawan oleh Unit Usahawan PPPNP ke-27 Projek Usahawan.
• Taklimat Program Pembangunan Usahawan di Pejabat SME Corp Ipoh, PPK Kinta Selatan di Dun Slim River, Dun Bota, Dun Belanja, Dun Sungai Manik, Dun Tualang Sekah, Dun Hutan Melintang, Dun Selama, Dun Kubu Gajah dan Dun Alor Pongsu. Sebanyak 124 orang usahawan telah diberi taklimat dan mendapat maklumat Skim Usahawan PPPNP sehingga Jun 2019.
• Membincangkan prestasi usahawan yang menerima pinjaman dari skim pinjaman usahawan PPPNP dan membincangkan dan memutuskan permohonan sepuluh usahawan baru yang memohon pinjaman dan geran dari tabung pembangunan usahawan PPPNP. 
• Mendapatkan pandangan dan saranan dari AJK Pembangunan Usahawan dari pihak SME Corp dan NGO bagi meningkatkan keberkesanan Program Pembangunan Usahawan PPPNP pada masa hadapan.

  

Galeri Gambar


Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk