PPPNP Bantu Mangsa Ribut

Parit : Beberapa rumah di Kampung Raja dan Pulau Kunchor mengalami kerosakan selepas dilanda ribut pada 8 Julai 2019 (Isnin). Menurut mangsa, mereka berdepan dengan detik cemas apabila ribut dan angin kencang melanda kira – kira jam 6 petang. Perkara ini mendapat perhatian pihak pengurusan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) untuk turun padang dan menziarahi mangsa – mangsa yang terlibat dalam bencana semalam.

Turut hadir , Tuan Haji Yahanis Yahya (Ketua Pegawai Eksekutif), Tuan Noorasidi Noordin (Pengurus Besar Operasi) dan En Noridzuwan bin Mohd Kabri (Pengurus Ladang Kledang Mas dan Ladang Kledang Saiong Bekor). Sumbangan turut diberikan kepada 11 buah rumah yang terlibat dalam bencana tersebut. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa – mangsa yang terlibat.

 

Galeri Gambar


Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk