Program Santai Jom Makan Buah - Buahan

Program Santai ‘Jom Makan Buah - Buahan’ telah diadakan di Ladang Dusun Rasau Perdana milik PPPNP hari ini.

Ladang yang terletak di dalam Daerah Mualim Selatan Negeri Perak ini mempunyai tiga jenis tanaman; tanaman kelapa sawit (25 Ha), tanaman getah (7Ha), dan tanaman buah-buahan ( 71Ha). Tanaman buah - buahan terdiri daripada rambutan, durian, cempedak, dokong, manggis, kelapa pandan dan petai.

Beberapa Ahli Lembaga Pengarah PPPNP dan anak-anak syarikat bersama keluarga serta warga PPPNP turut hadir memeriahkan acara memetik buah rambutan, lawatan ladang, menanam anak pokok Durian Musang King dan sesi beriadah serta makan tengahari di Lata Sungai Canai.

Program ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara Ahli Lembaga Pengarah PPPNP & anak- anak syarikat serta warga kerja PPPNP.

Galeri Gambar


 

Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Kemahiran Keusahawanan

  Muat Turun Borang  Borang Kemahiran Keusahwanan