Lawatan Ke QSR Brands(Ayamas Intergrated Poultry Industry Sdn. Bhd.)

Sekitar Program Lawatan Kerja Unit Pembangunan Usahawan dan Unit KPE PPPNP ke QSR Brands (Ayamas Intergrated Poulty Industry Sdn Bhd) di Bandar Baru NIlai, Negeri Sembilan pada 25 Julai 2019 yang lalu.

Seramai 5 orang wakil dari PPPNP yang diketuai oleh En. Muhamad Zaid bin Zulkifli dan En.Nor Sham Hazriq bin Abdullah tururt serta dalam sesi lawatan kerja ini. Selain daripada PPPNP, lawatan ini juga turut disertai oleh wakil – wakil daripada Pertubuhan Peladang Kinta Selatan (PPK), Sungai Rebat AgroPalm dan usahawan ayam pedaging.

Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah untuk mendapatkan peluang kerjasama di antara PPPNP dengan anak syarikat Johor Corporation (JCorp) iaitu QSR Brands serta peluang-peluang perniagaan kepada usahawan di bawah Program Pembangunan Usahawan PPPNP.

QSR Brands yang diwakili oleh En. Zulkifli bin Hashim (Head Intergrated Poultry Supplies & Services Programme Management Office) telah menyambut baik dan mengalu-alukan kehadiran delegasi daripada PPPNP. Beliau turut menerangkan latar belakang syarikat serta aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan.

YBrs. Dr.Muhammad Affrrin Biring (Field Veterinarian/Upstream Division Flock Health Unit of QSR) dan Tuan Haji Mohd Roslan bin Mohd Saludin (Pengurus Besar Jabatan Pematuhan Syariah & Pematuhan Halal) turut memberi penerangan tentang aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh pihak QSR Brands.

Delegasi dari PPPNP turut diberi peluang untuk melawat dan meninjau ladang ayam milik QSR Brands yang berusia lebih daripada 30 tahun di Mantin, Negeri Sembilan. Semoga dengan usaha ini dapat membantu untuk merealisasikan objektif penubuhan Program Pembangunan Usahawan PPPNP.

 

Galeri Gambar


 

Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Kemahiran Keusahawanan

  Muat Turun Borang  Borang Kemahiran Keusahwanan