Majlis Penyerahan Replika Cek Kepada Kerajaan Negeri Perak Untuk Majlis Ibadah Qurban Bagi Tahun 1440H / 2019M

Majlis sesi penyerahan replika cek kepada Kerajaan Negeri Perak untuk majlis ibadah qurban bagi tahun 1440 Hijrah (tahun 2019 masehi) yang telah diadakan pada 29 Julai 2019

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah menyumbangkan sebanyak RM 430,000 bersamaan 100 ekor lembu bagi ibadah qurban tahun ini. Turut berlangsung majlis bacaan Yassin dan doa selamat bagi mendoakan YAB Menteri besar dan rombongan keluarga yang bakal menunaikan rukun Islam yang ke-5. Seluruh warga kerja PPPNP mendoakan semoga Allah SWT memudahkan urusan ibadah haji bagi YAB Menteri Besar, ahli keluarga, rombongan serta semua muslimin dan muslimat yang terpilih sebagai tetamu Allah di Tanah Suci tahun ini.

Amenn Ya Rabbal Alamin.

Galeri Gambar


Perak SADC Agropreneur Pitch

  Muat Turun Borang Penyertaan Perak SADC Agropreneur/   Borang Penyertaan Perak SADC Agropreneur  

Bintang Karaoke Agrofest SADC

  Muat Turun Borang Bintang Karaoke AgroFest SADC/ PPPNP  Borang Penyertaan Bintang Karaoke AgroFest