Program Ibadah Qurban Perdana PPPNP

Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha dapat dirasai dengan pengisian ibadah korban. Bagi mengambil keberkatan serta menginsafi pengertian sebenar disebalik ibadah korban, PPPNP menganjurkan Program Ibadah Korban Perdana PPPNP di Masjid Hidayatul Ummah, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.

Sebanyak lima ekor lembu korban disembelih dalam majlis yang bermula kira-kira jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari. Program ini dimulakan dengan acara menyembelih kesemua lembu ini dan seterusnya diikuti dengan aktiviti gotong-royong melapah, memotong daging, agihan dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari bersama penduduk setempat.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT.

Galeri Gambar


Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk