Program Bina Usahawan PPPNP bersama Dewan Perdagangan Islam Malaysia Perak

LENGGONG, 19 Ogos 2019 - Program Bina Usahawan PPPNP bersama Dewan Perdagangan Islam Malaysia Perak telah diadakan di dewan orang ramai Kampung Sawa, Lenggong, Perak.

Program ini dirasmikan oleh Encik Khairul Azuan Bin Mohamed Noor, Penyelaras DUN Kota Tampan. Seramai 30 peserta yang terdiri daripada wanita dan ibu tunggal dari kalangan penduduk Lenggong telah terlibat dalam kursus pembuatan keropok dan pembuatan kerepek pisang serta pembuatan kerepek ubi yang dikendali oleh tenaga pengajar, Puan Muzlina Binti Mustapha yang merupakan Penyelia Kanan Kemas Tambun. Dengan adanya program ini, diharapkan dapat membantu dalam menjana pendapatan sosial ekonomi Lenggong.

 

Galeri Gambar


 

Perak SADC Agropreneur Pitch

        CADANGAN DAERAH-DAERAH DI NEGERI PERAK   *Sebarang perubahan tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian     Muat Turun Borang

Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.