Kursus Teknologi Penternakan Ayam Kampung

PARIT, 22 Ogos 2019-Kursus Teknologi Penternakan Ayam Kampung Tahap 1 telah diadakan pada tarikh 22 Ogos 2019 yang lepas di Dewan Serbaguna Kampung Tua, Belanja, Parit .

Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Yahanis bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP. Kursus anjuran Jabatan Veterinar Perak Tengah dengan kerjasama Penyelaras Kerajaan Negeri Kawasan DUN Belanja iaitu Encik Abdul Nasir bin Talib ini telah dihadiri seramai 230 orang kampung yang menetap di sekitar Parit.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Vasuge A/P Marimuthu yang merupakan Pegawai Pejabat Veterinar Ipoh.

Encik Mohd Zaid bin Zulkifli, Pengurus Unit Pembangunan Usahawan PPPNP juga turut memberi penerangan lebih lanjut tentang program-program yang sedang di jalankan oleh PPPNP dalam membantu usahawan-usahawan di sekitar Negeri Perak semasa majlis ini berlangsung.

Sesi soal jawab bersama orang kampung yang hadir pada program ini turut dijalankan selepas kursus ini selesai oleh Pengurus Unit Pembangunan Usahawan PPPNP.

Galeri Gambar


 

Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.