Penyerahan Surat Tawaran Bantuan Geran Kepada Usahawan

Penyerahan Surat Tawaran Bantuan Geran kepada Usahawan Asnaf yang berdaftar dengan E-kasih di bawah Program Pembangunan Usahawan PPPNP telah diadakan pada tarikh 27 Ogos 2019.

Program Bantuan Geran Pembangunan Usahawan PPPNP ini di sasarkan kepada golongan asnaf yang berdaftar dengan E-kasih serta terlibat di dalam sebarang projek pertanian berskala kecil bagi mengembangkan projek yang sedang di jalankan. Bantuan Geran sebanyak RM3,000.00 ini di berikan kepada usahawan asnaf yang di pilih oleh ahli Jawatan Kuasa Pembangunan Usahawan PPPNP pada mesyuarat kali ke- 2 bertarikh 01 Julai 2019. Surat tawaran bantuan geran ini di sampaikan oleh wakil Pengurusan PPPNP iaitu Encik Mohd Zaid bin Zulkifli yang merupakan Pengurus Unit Pembangunan Usahawan PPPNP. Penerima bantuan geran ini adalah Puan Sakinah binti Soffian yang mengusahakan projek tanaman nanas di sekeliling kawasan rumah serta Encik Mohd Mahfuz bin Yusof yang mengusahakan projek tanaman sayuran.

  

Galeri Gambar


Perak SADC Agropreneur Pitch

  Muat Turun Borang Penyertaan Perak SADC Agropreneur/   Borang Penyertaan Perak SADC Agropreneur  

Bintang Karaoke Agrofest SADC

  Muat Turun Borang Bintang Karaoke AgroFest SADC/ PPPNP  Borang Penyertaan Bintang Karaoke AgroFest