Survelliance Audit 1 MSPO

Survelliance Audit 1 MSPO telah di jalankan dari 26 hingga 28 Ogos 2019 di ladang - ladang  PPPNP bagi Group 1.

Ladang-ladang terlibat adalah Ladang Gugusan Lambor, Ladang Gugusan Air Kuning dan Ladang Segar.Proses pengauditan dilakukan oleh Certification Bodies (CB) CARE Certification Internasional yang di wakili oleh General Manager Pn Nabila, dan dibantu oleh 3 orang Auditor. Pengauditan MSPO kali ini adalah satu keperluan bagi memenuhi syarat wajib kesinambungan persijilan MSPO.

Selaku Ketua Group MSPO bagi Group 1- En Mohd Fairuz Bin Ali mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Ladang yang terlibat dan pihak CB kerana memberikan kerjasama sepanjang proses pengauditan ini dijalankan. Sebagai menyahut saranan dan langkah kerajaan, pelaksanaan Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) atau Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia di Perak ini adalah satu perkara yang perlu dilakukan dalam industri Sawit. Langkah ini juga selaras dengan keputusan kerajaan Persekutuan untuk menguatkuasakan MSPO bermula 1 Januari 2020, bertujuan melestarikan aktiviti penanaman sawit di Malaysia.

Galeri Gambar


Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Kemahiran Keusahawanan

  Muat Turun Borang  Borang Kemahiran Keusahwanan