Kontinjen Kawad PPPNP Naib Johan kategori PBT/ Badan Berkanun/ Swasta/ NGO

Taiping, 31 Ogos 2019- Acara Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berlangsung di Dataran Warisan, Taiping Perak.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah bersama DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Perak. Turut berkenan menghadiri DYTM Raja Muda Perak Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa dan DYTM Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah serta DYAM Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya ibni Almarhum Sultan Abdul Halim.

Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ acara turut dimeriahkan dengan gabungan nyanyian koir dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jambu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Klian Pauh dari Taiping.

Kira-kira 10,000 orang hadir menyaksikan perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan ke-62 Peringkat Kebangsaan negeri Perak di Dataran Warisan Taiping. Pada tahun ini, Taiping diperkenan sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan bagi menzahirkan rasa kesyukuran seluruh rakyat jelata atas kejayaan Bandar Warisan Taiping dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia. Seluruh warga kerja PPPNP ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kontinjen Kawad PPPNP yang diketuai oleh Tuan Sahapudin di atas kemenangan tempat kedua acara Kawad kategori PBT/ Badan Berkanun/ Swasta/ NGO

 

Galeri Gambar


Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Kemahiran Keusahawanan

  Muat Turun Borang  Borang Kemahiran Keusahwanan