MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN KEUNTUNGAN LADANG RAKYAT DAERAH PERAK TENGAH

MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN KEUNTUNGAN LADANG RAKYAT DAERAH PERAK TENGAH YANG TELAH DIADAKAN PADA 12 NOVEMBER 2019 @ 9.00 PAGI

Majlis Penyampaian Agihan Keuntungan Ladang Rakyat bagi Daerah Perak Tengah tahun 2019 ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Zaiton Binti Latiff, Penyelaras Dun Kampung Gajah merangkap Ahli Lembaga Pengarah Perak Agro Mills (Anak Syarikat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak).

Seramai 280 orang penerima yang layak telah menerima Agihan Keuntungan Ladang Rakyat Daerah Perak Tengah bagi tahun 2019. Setiap penerima agihan telah menerima sebanyak RM300.00 seorang. Diharapkan dengan sumbangan ini dapat meringankan dan menampung sedikit sebanyak perbelanjaan penerima dan digunakan dengan sebaik mungkin. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Encik Noorasidi Mohamed Nordin (Pengurus Besar Operasi PPPNP), Encik Mohd Syukri Bin Azaari (Ketua Penolong Pegawai Daerah Perak Tengah(Tanah), Encik Norhisyam Karno (Ketua Penolong Pegawai Daerah Perak Tengah (Pembangunan), Penolong Ketua Balai Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Pegawai-Pegawai Pejabat Daerah, Pegawai Dan Kakitangan Kumpulan PPPNP, Penghulu-Penghulu Dan Pengerusi-Pengerusi MPKK.

Galeri Gambar


 

Perak SADC Agropreneur Pitch

        CADANGAN DAERAH-DAERAH DI NEGERI PERAK   *Sebarang perubahan tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian     Muat Turun Borang

Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.