MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN KEUNTUNGAN LADANG RAKYAT DAERAH MUALIM

MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN KEUNTUNGAN LADANG RAKYAT DAERAH MUALIM PADA 14 NOVEMBER 2019 @ 9.00 PAGI

Agihan keuntungan Ladang Rakyat Daerah Mualim adalah daerah baharu yang ditambah dari senarai daerah asal iaitu hanya 3 daerah. Alhamdulilah pada awal tahun 2019 ini, Ahli Lembaga Pengarah PPPNP telah meluluskan penambahan daerah bagi agihan keuntungan Ladang Rakyat kepada 14 daerah di seluruh Negeri Perak dan akan memanfaatkan 3600 bakal penerima agihan keuntungan Ladang Rakyat ini.

Pada hari ini seramai 200 orang penerima adalah layak untuk menerima agihan keuntungan di bawah Ladang Rakyat ini. Bagi tahun ini, wang agihan adalah sebanyak RM300.00 seorang. Diharapkan dengan sumbangan ini dapat meringankan dan menampung sedikit sebanyak perbelanjaan penerima dan digunakan dengan sebaik mungkin.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Tuan Aminuddin B Zulkipli (ADUN Behrang), Encik Noorasidi Mohamed Nordin (Pengurus Besar Operasi PPPNP), Tuan Syamsul Ridzuan B Idris (Pegawai Daerah, PDT Mualim ), Tuan Haji Malik Farouk Bin Hj Zainal Abidin (Pengerusi Majlis Pemuafakatan), Pengerusi2- Pengerusi MPKK Daerah Mualim.

 

Galeri Gambar


 

Perak SADC Agropreneur Pitch

        CADANGAN DAERAH-DAERAH DI NEGERI PERAK   *Sebarang perubahan tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian     Muat Turun Borang

Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.