MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN KEUNTUNGAN LADANG RAKYAT DAERAH MANJUNG

MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN KEUNTUNGAN LADANG RAKYAT DAERAH MANJUNG PADA 19 NOVEMBER 2019 @ 9.00 PAGI

Selaku salah satu agensi kerajaan Negeri Perak, sudah menjadi hasrat PPPNP untuk membantu golongan sasar khususnya bagi rakyat Negeri Perak. Untuk makluman semua, agihan keuntungan Ladang Rakyat Daerah Manjung adalah daerah baharu yang ditambah dari senarai daerah asal iaitu hanya 3 daerah.

Alhamdulilah pada awal tahun 2019 ini, Ahli Lembaga Pengarah PPPNP telah meluluskan penambahan daerah bagi agihan keuntungan Ladang Rakyat kepada 14 daerah di seluruh Negeri Perak dan akan memanfaatkan 3600 bakal penerima agihan keuntungan Ladang Rakyat ini. Tetamu kehormat yang hadir pada hari ini adalah Tuan Haji Yahanis bin Yahya (KPE PPPNP), Encik Muhammad Faiz bin Abdul Latiff (Wakil Pegawai Daerah Manjung), Encik Mohamad bin Eslah (Penghulu Kanan Daerah Manjung), Penghulu-Penghulu Mukim serta Pengerusi-Pengerusi MPKK.

Galeri Gambar


Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.