MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN KEUNTUNGAN LADANG LAMBOR

MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN KEUNTUNGAN LADANG LAMBOR PADA 18 NOVEMBER 2019 @ 9.00 PAGI

Agihan Ladang Lambor ini telah bermula sejak tahun 1997 dan sejak kali pertama aktiviti agihan ini dilaksanakan, Kumpulan PPPNP terus komited untuk memberikan sumbangan kepada golongan sasar dikawasan ini. PPPNP akan meneruskan aktiviti ini meskipun ketidaktentuan harga pasaran sawit dan Ladang Lambor kini di dalam peringkat penanaman semula. Untuk makluman semua, jumlah kuota bagi Ladang Lambor ini adalah seramai 700 orang penerima dan wang agihan adalah sebanyak RM300.00 seorang.

Diharapkan dengan sumbangan ini dapat meringankan dan menampung sedikit sebanyak perbelanjaan penerima dan digunakan dengan sebaik mungkin. Tetamu yang hadir adalah Encik Abd Ghani Ismail (Pengurus Besar Korporat Komersial PPPNP), En syukri bin Azaari (Ketua Penolong Pegawai Daerah Perak Tengah (Tanah), Tuan Kidam bin Kumat ( Ketua Balai Bota) dan Encik Abdul Nasir Talib (Penyelaras Adun Belanja)

 

Galeri Gambar


Perak SADC Agropreneur Pitch

        CADANGAN DAERAH-DAERAH DI NEGERI PERAK   *Sebarang perubahan tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian     Muat Turun Borang

Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.