Lawatan Delegasi Dari Dingzhou, Heibei China.
Lawatan kerja dan mesyuarat bersama Delegasi Dingzhou, Heibei, China yang difasilitasi oleh PCCCI yang bertujuan untuk meneroka peluang pelaburan dan kerjasama bersama Kerajaan Perak dalam memasarkan hasil tanaman dan buah-buahan Negeri Perak ke China. Kerajaan Negeri Perak diwakili oleh YB Dato' Abdul Yunus Jamahri, EXCO Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak dan SADC sebagai institusi pembangunan pertanian utama Perak.
SADC turut mempromosikan hasil akuakultur, hasil laut, dan produk pertanian rakan strategik SADC dan Negeri Perak. Selain daripada itu, delegasi ini turut meneroka Perak sebagai hub akreditasi produk halal untuk pasaran di Eropah & Timur Tengah.
Galeri Gambar