Majlis Penutup Program Kemahiran Keusahawanan PPPNP

Majlis Penutup Program Kemahiran Keusahawanan PPPNP (Cili Fertigasi/Ayam Kampung/Nanas) yang telah diadakan di Wisma Wan Mohamed, Ipoh pada 10 Januari 2020 (Jumaat).

Program Kemahiran Keusahawanan PPPNP ini merupakan sebuah program kendalian di bawah Program Latihan dan Kerjaya (PLKK) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Program ini telah ditaja sepenuhnya oleh KPLB dan PPPNP yang merupakan agensi kerajaan negeri telah diberi kepercayaan untuk menjadi pelaksana program ini.

Program ini telah bermula pada 21 Oktober 2019 dan berakhir pada 10 Januari 2020 dengan jumlah peserta seramai 50 orang. Dalam tempoh ini, peserta telah didedahkan dengan teori kursus dan perbincangan terbuka di dalam kelas bagi memastikan peserta faham mengenai kursus yang diambil. Mereka telah diberi pendedahan secara terus di tapak projek bagi memberi peluang kepada peserta merasai dan memahami kerja-kerja di lapangan. Peserta-peserta ini telah diberi pendedahan dan tunjuk ajar di dalam bidang yang telah ditentukan iaitu penanaman cili fertigasi, nenas dan juga penternakan ayam kampung.

Harapan PPPNP adalah Program Kemahiran Keusahawanan PPPNP ini dapat melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya dalam bidang pertanian dan penternakan.

Turut hadir ke majlis ini - Encik Mohd Kahar Mukktarudin (Ketua Pegawai Operasi PPPNP), Encik Muhammad Faizal Shah bin Safian Suri (Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Perak), Pengurusan Kanan PPPNP serta Tenaga Pengajar Program Kemahiran Keusahawanan PPPNP, Encik Mohd Fozi bin Kamaruddin dan Encik Firdaus bin Nazarudin.

 

 

Galeri Gambar


SKIM PINJAMAN/

  Muat Turun Borang  Skim Pinjaman Usahawan    Borang Agropreneurpitch

PEMACU/ GREEN PERAK

Muat Turun Borang Borang PEMACU Borang Green Perak Urban Farming

PAIV/ SENGGANG

  Muat Turun Borang  Borang Projek Rintis Ladang Usahawan Senggang   Borang PERAK AGRICULTURE INTERGRATED VALLEY (PAIV)

Perak SADC Agropreneur Pitch

        CADANGAN DAERAH-DAERAH DI NEGERI PERAK   *Sebarang perubahan tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian     Muat Turun Borang