Majlis Amanat Tahun Baharu 2020 YAB Menteri Besar Perak Bersama Warga Kerja PPPNP

CATAT PRESTASI CEMERLANG, WARGA PPPNP BAKAL TERIMA IMBUHAN

MB Perak hari ini memuji semua warga Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) kerana mencatat prestasi cemerlang bagi meletakkan GLC negeri ini dalam landasan tepat untuk proses pemulihan (corporate turn-around). Dalam Majlis Amanat Tahun 2020 Bersama Warga SADC hari ini,

MB Peja berkata di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Yahanis Yahaya, perbadanan itu bukan sahaja mencatat prestasi kewangan yang membanggakan, malah telah menyalurkan keuntungan untuk pelbagai program kebajikan dan mendayaupayakan rakyat termasuk membantu melahirkan golongan usahawan tani.

Di atas prestasi yang memberangsangkan itu, warga SADC dijangka bakal menerima imbuhan bonus, selain program-program kebajikan sedia ada untuk kakitangannya. Pada majlis tadi juga, MB Peja yang juga Pengerusi SADC, turut menyerahkan tajaan ibadah umrah dari perbadanan kepada kakitangan terpilih serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan inovasi di kalangan warga SADC.

Di majlis yang sama, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak juga telah menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang 100% Penyelesian Aduan bagi tahun 2019 yang telah disampaikan oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak kepada Ketua Pegawai Eksektutif PPPNP. Anugerah ini merupakan Anugerah tahunan kepada agensi-agensi di bawah pentadbiran pejabat setiausaha kerajaan negeri Perak yang dapat menyelesaikan 100% aduan awam ke atas agensi berkaitan pada tahun 2019; dan

Anugerah penyerahan Pengiktirafan Majikan KWSP 2019 peringkat Negeri Perak juga disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP oleh En. Jeffary bin Mohamad Isa, Ketua Pengarah KWSP Negeri Perak. Anugerah ini adalah pengiktirafan dan penghargaan kepada majikan yang mempunyai rekod caruman yang baik dan teratur serta telah melaksanakan tanggungjawab sebagai majikan dengan sempurna sebagaimana yang termaktub didalam Akta KWSP 1992. Perak Agro Management Sdn Bhd adalah anak syarikat penuh PPPNP yang telah dianugerahkan tempat kedua atas pencapaian rekod sepanjang 5 tahun.

 

Galeri Gambar


Perak SADC Agropreneur Pitch

        CADANGAN DAERAH-DAERAH DI NEGERI PERAK   *Sebarang perubahan tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian     Muat Turun Borang

Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.