Lawatan YB Menteri Pertanian

Hari ini, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee telah meluangkan masa untuk lawatan kerja ke projek AgroPelancongan di negeri perak iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO) Sungai Galah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).

YB Menteri juga telah diberi taklimat oleh Ybhg. Tuan Haji Yahanis bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP mengenai Skim Usahawan Agrotani yang diusahakan oleh PPPNP l yang telah dilaksana dan dalam proses pelaksanaan diseluruh Negeri Perak termasuk di PATRO Sg Galah sendiri. Kerajaan Negeri Perak dan PPPNP berharap para peserta Skim Usahawan Agrotani yang disasarkan seramai 990 orang dapat bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Antara tetamu kehormat yang turut hadir adalah YB Dato' Abdul Yunus Jamahri, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Infrastruktur, Tenaga dan Air, YB Dato' Zainol Fadzi Haji Paharudin, Penasihat Khas YAB MB Perak, YBhg. Dato' Iskandar Zulkarnain, SUPOL MB Perak, Ahli Lembaga Pengarah PPPNP serta Pengurusan Kanan PPPNP.

#PPPNP
#SADC

Galeri Gambar


Perak SADC Agropreneur Pitch

        CADANGAN DAERAH-DAERAH DI NEGERI PERAK   *Sebarang perubahan tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian     Muat Turun Borang

Pembangunan Usahawan

 Agropreneupitch & Skim Pinjaman Usahawan    Projek Rintis Usahawan Graduan Senggang & PAIV   Projek Pemacu Agrotani Perak (PEMACU) &

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.