Mesyuarat Lembaga Pengarah PPPNP

Y.A.B Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Haji Azumu, merangkap Pengerusi PPPNP telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah PPPNP Bil.3/2020 di Ibu Pejabat PPPNP, hari ini.

Bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam memulihkan dan merancakkan semula aktiviti ekonomi pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PPPNP telah menggerakkan beberapa inisiatif bagi membantu golongan petani yang terjejas di samping mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka yang hilang pekerjaan dan mereka yang masih menganggur, termasuk para graduan melalui keusahawanan Agrotani.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP Tuan Haji Yahanis bin Yahya, PPPNP mensasarkan program melahirkan usahawanan agrotani dalam bidang pertanian, perikanan, penternakan, pemborong dan pengusaha produk hiliran di negeri Perak.

Ujarnya, PPPNP mensasarkan melahirkan 1,000 usahawan agrotani melalui projek-projek di bawah Skim Usahawan Agrotani dalam tempoh masa tiga hingga lima tahun. Di antara projek-projek tersebut adalah:

1. Green Perak Urban Farming - pembangunan urban farming secara fertigasi bagi Kawasan 700 ekar bagi seluruh Negeri Perak dengan sasaran 140 usahawan

2. Skim Usahawan Pertanian Perak Agriculture Integrated Valley (PAIV) – di Lenggong seluas 600 ekar untuk manfaat 200 peserta ladang kontrak bagi tanaman kontan

3. Skim Projek Rintis Ladang Usahawan Graduan Senggang - seluas 1000 ekar di Kuala Kangsar khusus buat graduan menganggur seramai 200 orang

4. Projek Pemacu Agrotani Perak (PEMACU-TANI) Tanaman Nanas- seluas 143 ekar untuk 80 orang usahawan agrotani

5. Program Pembangunan Usahawan PPPNP (Pinjaman Kewangan Tanpa Faedah dan Geran) - melalui 170 orang usahawan agrotani dalam bidang penternakan, perikanan, pertanian dan komersial asas tani

6. Usahawan Korban Perdana Perak- Program Skim Berbentuk Ternakan Lembu Korban secara pawah untuk 68 orang usahawan.

7. Ladang Sejahtera Sg. Rui (KPLB-PPPNP) - Program tanaman Nangka Madu dan pertanian secara integrasi dengan kerjasama KPLB di kawasan seluas 200 hektar dengan sasaran wujudkan 50 peluang pekerjaan

8. Taman Herba - Pembangunan semula Taman Herba Perak dengan cadangan urban farming secara fertigasi dan Vertical Garden, restoran berkonsep Farm to Fork, agro pelancongan, pusat pengumpulan hasil herba dan rekreasi pertanian. Sasaran sehingga 150 peluang pekerjaan

9. Usahawan Agroprihatin (peraih/pemborong) - Melahirkan usahawan pemborong/peraih domestik untuk membeli hasil pertanian petani. Sasaran mewujudkan sekurangnya 5 usahawan di setiap daerah. 60 peluang keusahawanan.

Sehingga kini, beberapa program telah dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Usahawan PPPNP, Usahawan Korban Perdana Perak dan Usahawan Agroprihatin. Melalui ketiga-tiga program ini, PPPNP telah berjaya membuka peluang keusahawanan kepada lebih 200 usahawan.

Selari dengan perancangan ini, PPPNP mensasarkan untuk mewujudkan sebanyak 740 peluang keusahawanan melalui program seperti Green Perak Urban Farming, Skim Usahawan Pertanian Perak Agriculture Integrated Valley (PAIV), Skim Projek Rintis Ladang Usahawan Graduan Senggang, Projek Pemacu Agrotani Perak (PEMACU-TANI) dan Ladang Sejahtera Sg. Rui (KPLB-PPPNP) dalam masa terdekat. Kesemua projek adalah menyeluruh di seluruh negeri Perak.

Turut berlangsung Majlis Penyerahan Simbolik Projek Pemacu Agrotani Perak (PEMACU) dan Skim Usahawan Agroprihatin.

Projek Pemacu Agrotani Perak (PEMACU):-
(Mentor Mentee)
1. En. Mohd Fozi Bin Kamarudin Daripada Agrownas Sdn Bhd Bersama Menteenya En Mohd Fozi Merupakan Mentor Bagi Projek Tanaman Nenas.
2. En. Firdaus Bin Nazaruddin Daripada Dusoon Sara Farm Bersama Menteenya En Firdaus Merupakan Mentor Bagi Projek Ternakan Ayam Kampung.
3. En. Mohd Jamil Bin Ahmad Daripada Jamil Agrofarm Bersama Mentenya
En Mohd Jamil Merupakan Mentor Bagi Projek Ternakan Ikan Sangkar.

Pinjaman Tanpa Faedah:-
1. En. Leong Chan Mon. (Usahawan Ikan Arowana)
2. En. Nuadis A/L Ngah Man. (Usahawan Ternakan Kambing)

Penerima Geran Di Bawah Skim Usahawan PPPNP Bagi Program Usahawan Asnaf Berjaya PPPNP.

1. Pn. Ramlah Ramani Binti Abdullah. Usahawan Lembu Tenusu.

Skim Agroprihatin:-
1. En. Mohd Izzuddin B. Abd Salam.
Pemborong Buah-Buahan & Sayur-Sayuran Di Daerah Kuala Kangsar.
2. En. Ahmad Syahriman B. Yunus. Pemborong Buah-Buahan, Sayuran Dan Daging Di Daerah Sungai Siput.
3. Puan Mahanin Bt Abdul Hamid. Pemborong Buah-Buahan, Sayuran Dan Ayam Di Daerah Kinta.

Semoga inisiatif ini bakal mencetuskan gelombang penglibatan rakyat negeri Perak di dalam bidang pertanian, bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan negeri Perak sebagai penyumbang utama kepada jaminan bekalan makanan negara.

Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Ahli-Ahli Lembaga Pengarah PPPNP dan Pengurusan Kanan PPPNP.

 

Galeri Gambar


Perak SADC Agropreneur Pitch

        CADANGAN DAERAH-DAERAH DI NEGERI PERAK   *Sebarang perubahan tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian     Muat Turun Borang

Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.