Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan, Pemprosesan Dan Pembungkusan (CPPC), Kinta Hingland

Kinta Highland, 22 Ogos 2017 – Sultan Perak, Duli Yang Maha Mulia (DYMM)  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) hasil pertanian tanah tinggi terbesar di negara ini, Agroto Business (M) Sdn. Bhd. (Agroto) di Kilometer 19, Kinta Highlands dekat sini hari ini. 

Keberangkatan baginda ke pusat CPPC diiringi Permaisuri Perak, DYMM Tuanku Zara Salim. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir,  Pengerusi Agroto, Datuk Ahmad Salimin Ahmad Shaffie dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PPPNP, Dato’ Ahmad Rizal Bin Abdul Rahman dan Pengarah Eksekutif Chai Meng Tat.

Agroto Business (M) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil daripada usahasama di antara Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dengan  Bumper Orchard (M) Sdn Bhd. Projek ini telah dibangunkan di atas tanah seluas 2,600 ekar dan berketinggian 1,500 meter dari paras laut. Projek usahasama ini menggabungkan konsep teknologi pertanian moden dan tradisional melalui konsep penanaman rumah hijau dan penanaman secara terbuka. Agroto terus berkembang maju dengan membangunkan sebuah pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) yang berkeluasan 60,000 kaki persegi. Sehingga kini CPPC berupaya untuk mengendalikan 500 ekar input ladang pada satu-satu masa yang juga bersamaan dengan 5000 m/tan hasil pertanian sebulan untuk memenuhi kehendak pasaran tempatan.  Agroto juga telah menerima pengiktirafan antarabangsa dengan dianugerahkan pensijilan ISO, Hazard Analysis and Critical Control Point (HCCP) dan Good Manufacturing Practice (GMP).

Pada majlis itu, baginda berdua mengadakan lawatan ke CPPC Agroto, kebun, pusat penanaman Green & Red Coral House dan Pusat Penanaman Anggur. Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan D’Varian Band dipenghujung majlis.

 

Galeri Gambar


Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk