PPPNP Raih Tempat Ketiga Pertandingan Kawad Hari Kebangsaan 2017

31 Ogos 2017 – Hari Kebangsaan yang juga merupakan Hari Kemerdekaan bagi seluruh rakyat Malaysia disambut meriah pada tahun ini.

Tahun 2017 merupakan sambutan Kemerdekaan kali ke-60 tahun bagi rakyat Malaysia dengan bertemakan “Negaraku Sehati Sejiwa”. Pelbagai pengisian aktiviti dan program yang menarik telah diadakan dengan penglibatan pelbagai kaum dan lapisan umur.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, negeri Perak turut mengadakan sambutan Hari Merdeka di hadapan Dewan Bandaran Ipoh. Menjadi acara kemuncak pada hari tersebut adalah pertandingan kawad kaki antara badan kerajaan, swasta, NGO dan sekolah. Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan turut berkenan mencemar duli ke majlis tersebut. Turut berangkat sama, Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry dan Isteri.

Lebih manis, Kumpulan PPPNP meraih tempat ketiga Pertandingan Kawad Hari Kebangsaan bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun, Swasta dan NGO sekali gus meletakkan persaingan dalam Pertandingan Kawad Hari Kebangsaan dimasa akan datang.

 

Galeri Gambar


SKIM PINJAMAN/

  Muat Turun Borang  Skim Pinjaman Usahawan    Borang Agropreneurpitch

PEMACU/ GREEN PERAK

Muat Turun Borang Borang PEMACU Borang Green Perak Urban Farming

PAIV/ SENGGANG

  Muat Turun Borang  Borang Projek Rintis Ladang Usahawan Senggang   Borang PERAK AGRICULTURE INTERGRATED VALLEY (PAIV)

Perak SADC Agropreneur Pitch

        CADANGAN DAERAH-DAERAH DI NEGERI PERAK   *Sebarang perubahan tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian     Muat Turun Borang