Kunjungan Bekas President Ecuador Ke Ibu Pejabat Kumpulan PPPNP

12 September 2017 – Bekas Presiden Ecuador, Jorge Jamil Mahuad Witt telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Kumpulan PPPNP baru-baru ini. Lawatan beliau ke Perak bersempena dengan “Pangkor Dialogue International Forum On Sustainable And Inclusive Development”

dimana beliau telah dijemput untuk menjadi salah seorang ‘speaker’. Sempena keberadaan beliau di sini, beliau turut mengadakan lawatan di Ibu Pejabat Kumpulan PPPNP. Lawatan dimulakan dengan sesi pertemuan dengan Kakitangan Ibu Pejabat dan diteruskan dengan sesi tontonan video-video korporat Kumpulan PPPNP serta uji rasa Produk Pegro.

Beliau yang hadir bersama anak beliau diiringi oleh Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Rizal Bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PPPNP dan Encik Abdul Ghani Pengurus Besar Koprat dan Komersial. Di dalam ruangan tersebut, Jeorge Jamil telah memuji warga Kumpulan PPPNP kerana telah berjaya mempelbagaikan tanaman sehingga berjaya menghasilkan produk sendiri.

Kunjungan Jorge Jamil merupakan satu kejutan buat kakitangan Ibu Pejabat Kumpulan PPPNP kerana ianya merupakan satu penghargaan kepada warga Perbadanan kerana diterima baik oleh pihak luar.

 

Galeri Gambar


Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk