Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) Dan Kelangsungan Simpulan Kerjasama Di Antara PPPNP DAN Institut Agro Usahawan (IGROW)

Ipoh, 15 November 2017 – Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dengan rasminya memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bersama pihak Institut Agro Usahawan (iGrow) yang dimiliki oleh Green Hand Rich Sdn. Bhd sambil disaksikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Hasil daripada permeteraian persefahaman ini, iGrow akan beroperasi diatas sebidang tanah milik PPPNP di Mukim Tanjung Tualang Daerah Kinta Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkeluasan 70.25 hektar (173.58 ekar) untuk tempoh 30 tahun.

Bidang kerjasama yang dimaksudkan adalah meliputi kepada hal-ehwal bidang pertanian, industri asas tani, latihan asas kemahiran sumber manusia dan perladangan. Usahasama ini dilakukan secara persetujuan bersama supaya ianya dapat memberi faedah dan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.

Sebagai langkah pertama, Kerajaan Negeri Perak bersetuju menyediakan dana RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Juta sahaja) melalui PPPNP untuk menunjukkan komitmen didalam menyediakan latihan kepada belia-belia Negeri Perak.

Kerjasama ini juga lebih memfokuskan bidang latihan kemahiran sumber manusia yang boleh mempertingkatkan ilmu, kemahiran dan kecekapan samada pelatih-pelatih IGROW ataupun dari pihak PPPNP. Selain itu, kerjasama ini juga diharapkan dapat menjayakan program pembangunan Usahawan dalam bidang pertanian,industri asas tani dan perladangan yang dilihat boleh memberikan faedah dan keuntungan kepada kedua-dua pihak. Dalam ruang yang sama, kedua-dua pihak turut berharap dapat bekerjasama dalam menyokong aktiviti pelancongan khususnya pelancongan pertanian.

Kerjasama ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan Negeri Perak didalam meningkatkan keupayaan belia-belianya sebagai persediaan latihan tenaga separa mahir untuk menyokong aspirasi kerajaan Negeri Perak iaitu ingin menjadi sebagai sebuah negeri pengeluar makanan negara dan hasrat ini turut didokong oleh PPPNP selaku salah satu agensi utama kerajaan Negeri Perak.

 

Galeri Gambar


Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk