Majlis Penganugerahan Sijil SPOL & iCPIM Kohort 3 & Kohort 4 Oleh YAB Menteri Besar Perak

Bantu Belia Lemah Bidang Akademik

19 April 2018 – Seramai 66 orang graduasi Pusat Latihan PPPNP telah menerima sijil penganugerahan tamat latihan di Auditorium 1 Wisma Wan Mohamed Perak Agro.

Program yang diberi nama Majlis Penganugerahan Sijil SPOL & iCPIM Kohort 3 & 4 ini telah disampaikan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir. Turut Hadir, Pegawai Kewangan Negeri Perak YB Dato' Haji Mohd Gazali Bin Jalal, Pegawai Kemajuan Negeri Perak, YBhg Dato' Hasim Bin Hj. Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PPPNP, YBhg Dato’ Ahmad Rizal Bin Abdul Rahman dan Pengarah Eksekutif IIPM, Halid Hasbullah Boestamam.

Kumpulan PPPNP dalam usaha membantu Kerajaan Negeri Perak demi memperkasakan sektor kemahiran pertanian dalam negeri telah membuka peluang kepada belia di Negeri Perak yang mempunyai kemahiran dan minat dalam bidang pertanian namun mempunyai tahap kesederhanaan akademik.

Antara cabaran yang perlu ditempohi setiap peserta adalah dengan  menjalani kursus selama enam bulan di Pusat Latihan PPPNP di Lambor dan sesi praktikal selama setahun di ladang-ladang dan projek-projek di bawah seliaan Kumpulan PPPNP sebelum mereka layak bergraduasi.

Program yang telah berjalan bermula tahun 2012 telah  melahirkan seramai 181 orang graduan. Sehingga kini, program yang telah memasuki kohort kelima ini telah membelanjakan kos lebih kurang RM5 juta secara keseluruhannya.

Di dalam majlis tersebut, Encik Mohamad Zul Azmi Abdullah telah terpilih sebagai pelatih iCPIM manakala Encik Mohd Fauzi Abdul Rom dinobatkan sebagai pelatih terbaik bagi SPOL.

 

Galeri Gambar


Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk