Rumah Mampu Milik Untuk Perwira Negara

PPPNP Hargai Keringat Wira Negara

23 April 2018 – Demi menghargai keringat yang dicurahkan oleh para perwira negara iaitu pasukan tentera dan polis dalam mempertahankan negara, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Kumpulan PPPNP) telah mengumumkan pembinaan rumah mampu milik khas buat Perwira Negara. Projek yang dinamakan Perumahan Desa Perwira Negara ini teletak di Malim Nawar, Perak.

Pengumumuman dilakukan oleh Menteri Besar Perak selaku Pengerusi Kumpulan PPPNP, YAB Dato’ Seri DiRaja Dr Zambry Bin Abd Kadir pada Majlis Bersama Rakyat di Daerah Kampar dan Kinta di Arena Rakyat, Tualang Sekah Malim Nawar. Turut hadir, ADUN Tualang Sekah, YB Nolee Ashilin Binti Dato’ Nohammed Radzi dan Timbalan Menteri Kewangan, YB Dato’ Lee Chee Leong.

Projek yang akan dibina di kawasan seluas 50 ekar dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020. Konsep perumahan itu bertujuan membantu para anggota pertahanan negara bagi memiliki rumah pada harga mampu milik. dengan adanya pelancaran projek perumahan ini, sasaran Kerajaan Negeri Perak untuk meningkatkan jumlah kediaman mampan dengan harga berpatutan dalam kawasan bandar bagi menampung pertambahan penduduk yang semakin meningkat dapat direalisasikan. Secara tidak langsung, kawasan Malim Nawar yang terletak dalam Daerah Kampar ini akan turut menerima tempias pembangunan.

Perumahan Desa Perwira Negara ini menawarkan harga anggaran RM180,000 kebawah dengan berkeluasan 1,000 kaki persegi. Tawaran pembelian ini tidak hanya terhad kepada anggota pertahanan negara sahaja bahkan turut dibuka kepada anak-anak anggota tentera dan polis tersebut.

 

Galeri Gambar


Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk