Kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak Yang Baru

1 Oktober 2018 – Seluruh warga kerja Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) mengalu-alukan kehadiran Tuan Haji Yahanis bin Yahya, ACM, AMP sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu berkuatkuasa 1 Oktober 2018.

Kehadiran beliau disambut secara sederhana dalam majlis suai kenal pada pagi ini bersama seluruh kakitangan dan disusuli dengan jamuan ringkas sarapan pagi di ibu pejabat PPPNP. Beliau seterusnya mengambil peluang meninjau dan melawat ke setiap bahagian di ibu pejabat antaranya Unit Pentadbiran, Usahawan Sosial, Unit Hartanah, Pejabat KPE, Korporat & Komersial, Kewangan, Akaun dan sebagainya.

Bagai sirih pulang ke gagang, Tuan Haji Yahanis pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan PPPNP pada tahun 2011-2013. Beliau merupakan graduan Nottingham Trent University, United Kingdom dan juga Ahli ACCA (Association of Chartered Certified Accountant) serta Ahli MIA (Malaysians Institute of Accountant). Sebagai orang jati negeri Perak, beliau pernah berkhidmat di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak.

Semoga dengan pelantikan Tuan Haji Yahanis sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu memberi sinar dan harapan yang berterusan dalam mengimbangi serta meneruskan kejayaan dan kecemerlangan Kumpulan PPPNP khususnya dalam sektor pertanian di negeri Perak.

Tahniah dan syabas diucapkan.

 

Galeri Gambar


SKIM PINJAMAN/

  Muat Turun Borang  Skim Pinjaman Usahawan    Borang Agropreneurpitch

PEMACU/ GREEN PERAK

Muat Turun Borang Borang PEMACU Borang Green Perak Urban Farming

PAIV/ SENGGANG

  Muat Turun Borang  Borang Projek Rintis Ladang Usahawan Senggang   Borang PERAK AGRICULTURE INTERGRATED VALLEY (PAIV)

Perak SADC Agropreneur Pitch

        CADANGAN DAERAH-DAERAH DI NEGERI PERAK   *Sebarang perubahan tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian     Muat Turun Borang