Mesyuarat Lembaga Pengarah, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara PPPNP Dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak Dan Serahan Cek Sumbangan Kepada Kerajaan Negeri Perak

16 November 2018, Ipoh –YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu, Menteri Besar Perak buat pertama kalinya mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) sekali gus secara rasminya dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan PPPNP.

Dalam ruang yang sama, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal atau lebih mesra di sapa sebagai Peja turut mengumumkan barisan lembaga pengarah yang baru serta memperkenalkan kepada media perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PPPNP iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Yahanis Bin Yahya yang memulakan tugasnya pada 01 Oktober 2018.

Usai mesyuarat, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal menyaksikan Majlis Menandatangani Memorendum Persefahaman (MoU) antara PPPNP dengan Jabatan Pekhidmatan Veterinar Negeri Perak yang berlangsung di ruang legar Ibu Pejabat PPPNP. PPPNP diwakili oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Yahanis (PPPNP) manakala Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak  diwakili oleh Yang Berbahagia Doktor Ahmad Shafri Bin Hassan.

Usai MoU, YAB Dato’ Seri menandatangani cek bernilai RM2.5 juta untuk diserahkan kepada bendahari kerajaan negeri Perak sebagai sumbangan PPPNP kepada kerajaan Perak. Jumlah keseluruhan sumbangan adalah sebanyak RM5 juta.

Turut memenuhi majlis adalah penyampaian ‘Interim Dividen’ tahun 2018 syarikat usahasama dengan SBH Aquaculture Farm Sdn Bhd (Projek ternakan udang) sebanyak RM1juta. Cek disampaikan oleh wakil SBH kepada Tuan Haji Yahanis selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PPPNP.

 

Galeri Gambar


Perak SADC Agropreneur Pitch

  Muat Turun Borang Penyertaan Perak SADC Agropreneur/   Borang Penyertaan Perak SADC Agropreneur  

Bintang Karaoke Agrofest SADC

  Muat Turun Borang Bintang Karaoke AgroFest SADC/ PPPNP  Borang Penyertaan Bintang Karaoke AgroFest