Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak Beri Sumbangan Kempen Tabung Pahlawan

24 November 2018, Meru Ipoh – Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) menyokong penuh usaha Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Perak berhubung dengan pelancaran Kempen Tabung Pahlawan yang dianjurkan oleh persatuan itu.

Sebagai menghargai dan mengangkat jasa bekas tentera yang telah berkhidmat untuk negara, PPPNP telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM8,000 kepada PVATM menerusi majlis yang diadakan di booth PERHEBAT sempena Karnival Rasa Sayang pada hari tersebut.

Majlis yang berlangsung serba ringkas itu diadakan di booth PERHEBAT di Bulatan Azlan Shah dihadiri Yang Berhormat Tuan Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munaim. PPPNP yang diwakili oleh Pengurus Pentadbirannya ,Encik Mohd Zaid Zulkifli telah menyerahkan ‘mock-up’ cek bernilai RM8000 kepada Yang DiPertua PVATM Negeri Perak sambil disaksikan oleh YB Hasnul. Antara agensi lain yang turut memberi sumbagan adalah Lembaga Air Perak, Markas 2 Briged dan PERNAMA.

Dipenghujung majlis PPPNP telah menerima plug daripada PVATM sebagai tanda penghargaan daripada persatuan tersebut.

 

Galeri Gambar


 

Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk