MAHA 2018

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Antarabangsa (MAHA) 2018 telah berlangsung selama 11 hari, bermula pada 22 November sehingga 2 Disember 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor.
 
Pameran kali ini masih mengekalkan tema 'Makanan Kita Masa Depan Kita' dengan tujuan menggariskan kepentingan negara untuk mempertahankan kedaulatan makanan sebagai asas kekuatan negara. Ia juga menonjolkan kepentingan teknologi dan inovasi pertanian (Agroteknologi) dalam industri Agromakanan negara. Selain itu, 13 pavilion negeri dibuka yang menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan juadah makanan negeri yang dapat dinikmati oleh pengunjung.
 
Alhamdulillah. Sekali lagi pada kali ini, Pavilion Perak telah berjaya menambat hati juri sempena MAHA 2018. Berjaya merangkul tempat pertama, Pavilion Perak membawa pulang wang bernilai RM5,000.00, sebuah plaque dan sijil penghargaan. Tahniah team Perak.
 

Galeri Gambar


 
 

Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk